SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU SHAMSUL

Selasa, 25 September 2012

Negaraku Malaysia 

                        Malaysia tanah tumpah darahku,
                        Hidup rakyatnya harmoni berpadu,
                        Ringan tulang rajin membantu,
                        Bagi membina negara yang satu. 

                                   Negara tercinta bernama Malaysia,
                                   Terkenal sudah serata dunia,
                                   Ramai penduduk berbilang bangsa,
                                   Hidup sejahtera aman sentosa. 

                        Dari Perlis hingga ke Sabah,
                        Pelbagai tanaman ditanam sudah,
                        Agar hasil melimpah ruah,
                        Akhirnya negara bertambah megah. 

                                   Pemandangan indah cantik rupawan,
                                   Penuh khazanah bertambah lumayan,
                                   Sawit dan getah jadi tanaman,
                                   Hasilnya meningkatkan pendapatan. 

                        Negara Malaysia terkenal sudah,
                        Tempat menenang hati yang gundah,
                        Para pelancong tidak lupa singgah,
                        Menikmati alam yang amat indah.

LATIHAN TATABAHASA

1. ______________, kamu telah berjaya dengan cemerlang!

   A    Wahai 
   B    Amboi 
   C    Aduhai 
   D    Syabas

2. Pengawas sentiasa berkawal di kantin pada waktu rehat supaya murid-murid
    tidak  _________________ semasa membeli makanan.

   A    bersimpang-siur 
   B    berulang-alik 
   C    berebut-rebut 
   D    berlumba-lumba




KARANGAN - AUTOBIOGRAFI - AKU SEEKOR KUCING


AKU SEEKOR KUCING
Aku seekor kucing yang berbulu tebal. Aku berasal dari negara Jepun. Badanku berwarna kuning kebiru-biruan. Aku adalah sepsis kucing yang disukai ramai. Kecantikan dan kehebatanku telah terkenal di seluruh dunia.
Aku telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan dari Malaysia. Dia telah membeliku untuk dihadiahkan kepada anaknya yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-12. Tuanku bernama Eryana.
Eryana sangat ,menyayangiku. Setiap kali aku dibelai dan dijaga dengan rapi. Aku umpama “insan istimewa” buat Eryana. Aku telah dinamakan sebagai manja. Namaku Manja kerana tuanku sering memanjakanku. Semua ahli keluarga Eryana sangat mengambil berat akan diriku.
Aku dimandikan setiap pagi. Selepas itu, aku diberi makan Friskies dan makanan tambahan yang lain. Pada waktu tengah hari, aku akan menunggu kepulangan tuanku dari sekolah. Aku ditimang seperti anak kecil. Gembiranya hatiku hanya tuhan sahaja yang tahu.
Pada suatu hari, Eryana membawa aku ke taman untuk bersiar-siar dan beriadah. Tiba-tiba datang seekor anjing gila menyerangku. Aku terkejut dan tergamam dengan kejadian itu. Badanku mengalami calar-balar dan luka hampir ke seluruh badan.
Tuanku mengejarkanku ke klinik haiwan. Aku telah disahkan dijangkiti penyakit. Keadaan ini menyebabkan aku mula dilupakan. Tuanku menjauhkan diri daripadaku. Apalah nasibku ini. Sudah jatuh ditimpa tangga.

KARANGAN - BERITA

Ampang, 23 Jun – Stadium mini Sekolah Kebangsaan Taman Melati telah dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan  Guru-guru, Encik Firdaus bin Talib semalam. Majlis dihadiri oleh wakil pemberita dan  ibu bapa. Beliau melahirkan perasaan sukacita atas kejayaan sekolah tersebut yang berjaya mengumpul dana sejak tujuh tahun yang lalu untuk membina stadium ini. 
     Dalam ucapannya, beliau menyeru semua murid supaya menghargai kelengkapan tersebut. Selain itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan atau tenaga.  
     Dalam majlis yang gilang-gemilang itu juga, Encik Firdaus telah menasihati semua murid agar aktif melakukan aktiviti-aktiviti sukan di stadium yang dibina itu. Beliau menyatakan bahawa banyak faedah yang akan diperoleh sekiranya kita aktif bersukan. Bersukan bukan sahaja mencerdaskan otak dan menyihatkan badan, malahan dapat mendorong murid-murid untuk mengisi masa senggang mereka dengan sebaik-baiknya.
     Pada akhir majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi yang berjumlah RM5000.00 kepada  Guru Besar sekolah tersebut iaitu Encik Fuad bin Razak. Sumbangan itu bertujuan untuk menampung pembelian alatan sukan yang diperlukan oleh pihak sekolah.  
     Encik Fuad memberitahu pemberita bahawa sukan sekolah akan diadakan buat pertama kalinya di stadium mini itu pada 20 Julai 2011. Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.

Jumaat, 13 Julai 2012

KARANGAN - AUTOBIOGRAFI - AKU SEBUAH KERETA


AKU SEBUAH KERETA PROTON
Aku sebuah kereta. Namaku Saga. Aku dilahirkan di kilang proton di Shah Alam. Tubuh badanku direka khas untuk memenuhi cita rasa pengguna di Malaysia. Setelah siap diproses menjadi sebuah kereta, aku dan rakan-rakan telah ditempatkan di bilik pameran kereta.
Sempena pelancaran kereta baru ini, akudan rakan-rakan telah mendapat sambutan hangat daripada para pengungjung. Mereka memandu ujiku dan rakan-rakan. Para pengungjung yang datang ke majlis pelancaran kereta itu sangat berpuas hati dengan kehebatan kami.
Aku dan rakan-rakan umpama pisang goreng kerana kami telah habis ditempah oleh para pembeli. Seorang guru sekolah bernama Ali telah menjadi tuan aku. Aku berjanji memberi perkhidmatan yang terbaik buat tuanku.
Setiap pagi,akan membawa Ali ke sekolahnya. Dia sangat bangga dengan reka bentuk aku. Rakan-rakan juga sering memujiku. Selain ke sekolah, aku juga membawa isterinya ke pejabat di Putrajaya.
Aku selalu dicuci dan dibersihkan pada hujung minggu. Selepas dikilatkan, aku menjadi seperti baru semula. Ini membuat aku semakin lama semakin disayangi oleh tuanku.
Pada suatu hari,tuanku telah terlewat bangun. Dia tergesa-gesa pergi ke sekolah. Dia memanduku dengan laju sekali. Malang tidak berbau aku telah terbabit dalam kemalangan ngeri dengan sebuh lori. Aku rosak teruk dan tuanku meninggal dunia. Aku bukan sahaja sedih akan diriku tetapi meratapi akan nasib tuanku.

Rabu, 11 Julai 2012

Iklan Raya Petronas 2006

Video 1




1. Apakah pengajaran yang anda boleh simpulkan
berdasarkan video tersebut?

2. Senaraikan 5 Kata Nama yang terdapat dalam video di atas?