SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU SHAMSUL

Selasa, 25 September 2012

KARANGAN - BERITA

Ampang, 23 Jun – Stadium mini Sekolah Kebangsaan Taman Melati telah dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan  Guru-guru, Encik Firdaus bin Talib semalam. Majlis dihadiri oleh wakil pemberita dan  ibu bapa. Beliau melahirkan perasaan sukacita atas kejayaan sekolah tersebut yang berjaya mengumpul dana sejak tujuh tahun yang lalu untuk membina stadium ini. 
     Dalam ucapannya, beliau menyeru semua murid supaya menghargai kelengkapan tersebut. Selain itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan atau tenaga.  
     Dalam majlis yang gilang-gemilang itu juga, Encik Firdaus telah menasihati semua murid agar aktif melakukan aktiviti-aktiviti sukan di stadium yang dibina itu. Beliau menyatakan bahawa banyak faedah yang akan diperoleh sekiranya kita aktif bersukan. Bersukan bukan sahaja mencerdaskan otak dan menyihatkan badan, malahan dapat mendorong murid-murid untuk mengisi masa senggang mereka dengan sebaik-baiknya.
     Pada akhir majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi yang berjumlah RM5000.00 kepada  Guru Besar sekolah tersebut iaitu Encik Fuad bin Razak. Sumbangan itu bertujuan untuk menampung pembelian alatan sukan yang diperlukan oleh pihak sekolah.  
     Encik Fuad memberitahu pemberita bahawa sukan sekolah akan diadakan buat pertama kalinya di stadium mini itu pada 20 Julai 2011. Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan